Dalam usia yang sebegini, aku masih belum mengerti erti CINTA...
Cinta tu apa??
Amat payah bagi aku untuk menjawab soalan ni...
Sepayah hati aku untuk membuat keputusan saat ini..
Ada yang membisikkan pada aku kisah ini,
'Guru, cinta itu apa?' tanya seorang murid pada gurunya, seorang Sufi.
Lantas gurunya pun menjawab
'Kau masuklah ke dalam hutan, dan kau carilah satu ranting yang terbaik bagimu'
Murid itu mengangguk tanda faham.
'Akan tetapi, kau tak boleh berpatah balik,' tegas gurunya.
Maka pergilah sang murid itu ke dalam hutan mencari ranting terbaik.
Setelah sekian lama, murid itupun pulang dengan tangan kosong.
Gurupun bertanya 'Apakah yang berlaku sepanjang pencarian kamu tadi?'
'Semasa di hutan tadi, saya telah terjumpa ranting yang pada saya terbaik.'
'Jadi, dimana ranting itu? Kenapa kamu pulang dengan tangan kosong?'
'Tetapi saya terfikir, kalau saya jalan kedepan lagi, pasti akan ada ranting yang lebih baik.'
'Setelah puas berjalan, saya terjumpa dengan banyak ranting, tetapi kerana asyik mencari yang terbaik, saya teruskan lagi. Dan oleh kerana saya tak boleh berpatah balik...akhirnya, satu ranting pun saya tak ambil'
'Jadi muridku, apa pengajaran yang kamu dapat? Apakah cinta bagimu?
................................................................................................
Kadangkala kita terlalu mengejar kesempurnaan dalam cinta..
Sedangkan semua pun tahu..sempurna itu tak pernah wujud pada diri manusia..
Kadangkala pandangan kita dikabur dek kekurangan..
Hinggakan kita lupa melihat kebaikan dan kelebihan,
yang mungkin mampu jadi pelengkap pada kekurangan diri kita sendiri..
Kadangkala kita terlalu mencari yang terbaik dalam diri seseorang..
Sedangkan sebaliknya, seseorang itu sanggup menerima apa jua kekurangan kita.
Dan akhirnya,
Kita hanya akan tahu untuk menghargai sesuatu,
Selepas kita kehilangannya..
Dan pada masa itu semuanya sudah terlambat.
...................................................................................................
Entahlah...
Namun hati manusia...
Rasa cinta...
Bukannya boleh dipaksa..
No comments:
Post a Comment