Monday, November 24, 2008

An account of the Fading Memories


Hujan kat luar tu...aku tengok jam kat laptop aku ni, dah santak ke pukul 2.00 pagi. Mata aku pun sebenarnya memang dah stim-stim dari tadi. Ngantok + letih...seharian aku lepak starbucks arini tolong edit n translate final project izah. mau bersepai kepala baca 'karangan' direct translation bm-bi izah n da geng. nasib la aku mengenangkan ni final project dia, jadi aku tabahkan jugak hati dan mata dan tulang belakang aku yang lenguh2 mengadap laptop, berbekalkan secawan frappucino dark berry yang tak berapa nak sedap tu. dak2 tu dah taw final project tapi buat last minute..last2 meleleh air mata, teresak syahdu kat corong telepon tu ha..ringan jek mulut aku nak membebel barang sepatah dua kata kat budak bertuah tu, tapi bila dikenang2kan semula..aku pun pernah lalui semua tu, malah lebih dahsyat lagi..dan aku taw..bebelan takkan membantu apa2. aku faham. jadi, aku bantulah apa yang terdaya. almaklum, tulang aku ni bukan kuat sangat: reput huhu.

aku dulu lagi dahsyat time buat dizzey [read:dissertation].ala, yang seangkatan dengan aku tahulah macammana peritnya mengadap dissy. tak pernah terbayang dalam kepala otak aku yang aku akan lalui pengalaman dan perasaan yang sebegitu rupa. dan tak pernah terbayang dek imaginasi aku yang aku MAMPU lalui semua tu. well, it's a universal fact...aku memang jenis buat keje last minute..kalau takat last minute tu takpe, tapi jenis yang 'hardcore' punya last minute. heh, dissy wat last minute..memang cari maut namanya. honestly, i've never been that scared, never been that extremely worried about something..sepertimana aku sangat takut bila Katy Salisbury dan Liz Robbins [gandingan yg cukup mantaps!!] joint venture dan ugut untuk GAGALkan aku. gagal dissy bermakna gagal segalanya. sia-sia ambik course 6 tahun ni. aku ingat dengan jelas Liz approach aku dalam kelas, dan aku ingat dengan jelas pandangan setiap pasang mata yang pasti ingin tahu 'man, what's going on?'...or at least..'i smell trouble'.. dan aku masih rasa dengan jelas, betapa beratnya kepala aku untuk memandang mata sesiapapun pada masa tu.

ya, aku sedar. aku memang teruk.

pada masa tu aku dapat rasa betapa hebatnya tekanan dan amukan dalam minda dan hati aku. kiranya, mungkin sehebat gelora di laut china selatan. dalam keterpaksaan dan tekanan, aku cekalkan dan kuatkan hati meyakinkan diri sendiri yang aku mampu buat 'dissy' tu. yeah, memang aku menangis sambil menaip dissy aku..i practically wet the keyboard..heck! memang aku mencari bahu Aishah untuk menangis, tenang, aku sambung semula menaip...and the routine went on. 3 consecutive days aku tak tdo..bila aku cuba tdo sebab aku rasa bilik aku dah jadi cam ferris wheel..bila tutup jek mata, aku dapat rasa otak aku macam tengah ada race F1 plak. everything was so fast..last2 aku bangun dan sambung semula menaip. dah tiada istilah siang atau malam. letih atau lesu. dah tak ada beza...

tapi aku bersyukur..punya kawan2 disekeliling yang tak putus2 menyokong aku. yang tak putus2 mencabar pemikiran dan sekaligus membantu aku men'generate' ideas. dan yang paling penting..pada masa aku sendiri sangsi dengan diri sendiri, mereka sebaliknya percaya aku mampu lakukannya. alhamdulillah, akhirnya aku berjaya sempurnakan dissy aku.terima kasih. jutaan.

dan kenapa aku bercerita ttg semua ni sekarang?

entah, tiba2 aku rasa rindu yang teramat pada UK, pada Marjon..pada plymouth..pada city centre..pada rendezvous..pada asda..dan pada setiap lorong, setiap sudut tempat asing yang pernah aku huni dulu. pada setiap wajah asing dan kawan2 yang aku kenal, yang aku tak kenal, yang aku tak nak kenal, yang aku kenal tapi buat2 tak kenal..semuanyalah. semuanya bagaikan mimpi. aku akui, bukan semuanya indah. i had my ups and downs. kadang2 aku harap aku boleh putarkan semula waktu dan buat apa yang aku patut buat. tapi aku lebih dari tahu. semua tu mustahil. tapi satu yang pasti, ia kenangan terindah aku. dan aku percaya ia juga kenangan terindah bagi kebanyakan kawan2 aku juga.

menakutkan untuk menghadapi realiti. balik ke Malaysia sememangnya realiti yang menakutkan. bertukar status dari 'student' kepada 'teacher' juga menakutkan. sekali lagi aku sangsi, mampu ke aku lalui semua ni? kali ni, sendiri. tanpa kawan2 yang menyokong aku selama ni. jujurnya, kembali ke sini berhadapan dengan realiti, jauh lebih sukar dari berkelana di rantau orang. jauh lebih sukar. aku hilang motivasi. hilang yakin. hilang semangat. salah satu niat aku merantau dulu, kerana ingin lari dari 'sini'...dan menariknya permainan takdir. aku dapat sekolah lama aku, dekat dengan keluarga aku, di negeri aku sendiri..macam dulu sebelum aku keluar dari sini. dan sekarang aku kembali, tiada apa yang berubah. hakikatnya sama. bodohnya aku bila aku fikir aku mampu lari dari 'diri sendiri'.

kengkadang aku musykil..Allah rasa aku ni kuat sangat ke yang Dia nak uji aku macam2 selama ni? ya Allah..tak. jangankan kata kuat..malah aku rasa sebaliknya. tapi bila fikir semula..aku rasa malu pulak kata macam tu. apalah sangat ujian Dia pada aku kalau nak dibandingkan dengan orang lain. aku jek yang tak sabar. kadang2 aku sedih bila Dia tak makbulkan apa yang aku nak. sampai hati Dia biar aku sensorang kat dunia ni [sensorang?? ok, i better stop sblm aku jadi lebih emo]..well, xdelah sensorang tapi gitula yang aku rasa bila aku tengok orang lain..ok ok stop it. so..oklah. aku cuba sabar. sebab in the end, aku taw...memangla nampak macam Dia tak sayangkan aku tapi sebenarnya tak..Dia taw apa dia buat. so, aku sabar jekla kan..dan tak henti menagih dengan tak tahu malunya walau secebis sisa bahagia [ecewah jiwang la plak...cover] manalah taw..a happy ending to my neverending story.

jadi aku harap Allah isi hati aku dengan sabar yang melangit. sabar yang melimpah ruah. sabar yang sedalam jurang mariana. sabar yang seluas lautan yang tak bertepi.

Sabar macam meoww ni...


currently listening to [munyik kipas pada jam 3.24 pagi waktu taman universiti]



Thursday, November 13, 2008

Apa erti CINTA?...

Dalam usia yang sebegini, aku masih belum mengerti erti CINTA...
Cinta tu apa??
Amat payah bagi aku untuk menjawab soalan ni...
Sepayah hati aku untuk membuat keputusan saat ini..
Ada yang membisikkan pada aku kisah ini,
'Guru, cinta itu apa?' tanya seorang murid pada gurunya, seorang Sufi.
Lantas gurunya pun menjawab
'Kau masuklah ke dalam hutan, dan kau carilah satu ranting yang terbaik bagimu'
Murid itu mengangguk tanda faham.
'Akan tetapi, kau tak boleh berpatah balik,' tegas gurunya.
Maka pergilah sang murid itu ke dalam hutan mencari ranting terbaik.
Setelah sekian lama, murid itupun pulang dengan tangan kosong.
Gurupun bertanya 'Apakah yang berlaku sepanjang pencarian kamu tadi?'
'Semasa di hutan tadi, saya telah terjumpa ranting yang pada saya terbaik.'
'Jadi, dimana ranting itu? Kenapa kamu pulang dengan tangan kosong?'
'Tetapi saya terfikir, kalau saya jalan kedepan lagi, pasti akan ada ranting yang lebih baik.'
'Setelah puas berjalan, saya terjumpa dengan banyak ranting, tetapi kerana asyik mencari yang terbaik, saya teruskan lagi. Dan oleh kerana saya tak boleh berpatah balik...akhirnya, satu ranting pun saya tak ambil'
'Jadi muridku, apa pengajaran yang kamu dapat? Apakah cinta bagimu?
................................................................................................
Kadangkala kita terlalu mengejar kesempurnaan dalam cinta..
Sedangkan semua pun tahu..sempurna itu tak pernah wujud pada diri manusia..
Kadangkala pandangan kita dikabur dek kekurangan..
Hinggakan kita lupa melihat kebaikan dan kelebihan,
yang mungkin mampu jadi pelengkap pada kekurangan diri kita sendiri..
Kadangkala kita terlalu mencari yang terbaik dalam diri seseorang..
Sedangkan sebaliknya, seseorang itu sanggup menerima apa jua kekurangan kita.
Dan akhirnya,
Kita hanya akan tahu untuk menghargai sesuatu,
Selepas kita kehilangannya..
Dan pada masa itu semuanya sudah terlambat.
...................................................................................................
Entahlah...
Namun hati manusia...
Rasa cinta...
Bukannya boleh dipaksa..